My Add

Sunday 29 July 2012

Remaja tipu bapa dakwa diculik

KUALA TERENGGANU, SABTU, 28 Julai, 2012: Seorang pelajar berusia 14 tahun bersekongkol bersama rakannya dengan mereka-reka cerita kononnya dia diculik bagi meminta wang tebusan RM8,000 daripada bapanya untuk memenuhi hasrat memiliki sebuah motosikal.

Remaja itu bertindak demikian pada Selasa lalu setelah merajuk apabila bapanya yang merupakan seorang tukang besi berusia 42 tahun enggan membenarkan remaja itu menggunakan motosikal miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, remaja lelaki itu kemudian keluar dari rumahnya di Kampung Macang Lada, Paya Resak, Bukit Payung kira-kira pukul 3 petang dengan mengayuh basikal.

Keesokannya, bapa remaja itu menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki memaklumkan bahawa anaknya telah diculik sebelum meminta wang tebusan sebanyak RM8,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment