My Add

Tuesday 3 July 2012

18 kes kecurian kenderaan selesai dengan penahanan 6 lelaki

JOHOR BAHRU, SELASA, 03 Julai, 2012: Polis berjaya menyelesaikan 18 kes curi kenderaan di sekitar bandar raya ini susulan penahanan enam lelaki dalam dua serbuan di Taman Molek dan Taman Johor Jaya, di sini bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira 12.15 pagi pada 18 Jun lepas selepas polis bertindak atas maklumat curi kenderaan daripada orang awam.

Beliau berkata, polis merampas empat kereta yang dilaporkan hilang, empat pemutar skru, alat pemotong wayar, kunci dan pelbagai jenis dadah daripada kesemua penjenayah berumur lingkungan 22 hingga 43 tahun itu.

"Dengan tertangkapnya mereka, polis percaya berjaya menyelesaikan tujuh kes curi kenderaan di Seri Alam dan 11 kes di Johor Baharu Selatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Ismail berkata, semakan mendapati tiga daripada lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah termasuk rogol dan dadah dan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment