My Add

Friday 27 July 2012

1MPAC pupuk minat sains aerodinamik

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012:Pertandingan Kapal Terbang Kertas 1Malaysia (1MPAC) yang akan diadakan buat julung kalinya pada September ini diharap dapat memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains aerodinamik,kejuruteraan dan origami melalui seni lipatan kertas.

Malaysia Open House 2012 (Sunday 12 August 12.00-4.00pm)

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr. Madinah Mohamad berkata, pertandingan itu yang terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta umum akan diadakan di Pusat Sains Negara pada 22 September ini.

Walau bagaimanapun penyertaan dihadkan seramai 500 orang untuk semua kategori bagi mereka yang membuat bayaran penyertaan terawal, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pertandingan itu yang dianjurkan oleh WellAd Communications Sdn. Bhd. dengan kerjasama Mosti dan Yayasan Inovasi Malaysia mengenakan bayaran RM3 bagi pelajar sekolah dan RM5 bagi umum.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh didapati i laman webhttp://1mpac.com.my, katanya. — BERNAMA




No comments:

Post a Comment