My Add

Friday 27 July 2012

INOS UMT diiktiraf sebagai HICoE

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi mengiktiraf Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Negara (HICoE) yang ketujuh di Malaysia.

Pengiktirafan itu juga melayakkan INOS untuk menerima dana suntikan RM9 juta bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini sebagai sokongan kementerian untuk melonjakkan keupayaan dan pencapaian INOS ke peringkat antarabangsa.

Enam HICoE sebelum ini ialah Pusat Pengkhususan Tenaga Kuasa Termaju Universiti Malaya (UMPEDAC); Institut Perubatan Molekul Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI); Institut Penyelidikan Perubatan Molekul Universiti Sains Malaysia (INFORMM); Institut Sains Biologi Universiti Malaya (ISB); Pusat Penyelidikan Dadah Universiti Sains Malaysia (CDR); dan Institut Penyelidikan Perakaunan Universiti Teknologi Mara (ARI).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan pengiktirafan itu berkata, INOS berjaya memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan selepas melalui proses penilaian yang tersusun.

"Kelayakan ini berasaskan kepada beberapa faktor iaitu INOS telah menunjukkan prestasi yang baik dan unggul sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan yang menjalankan penyelidikan dalam bidang sains marin.

"Trend sumber manusia yang terdapat di INOS sepanjang tempoh lima tahun ini secara tidak langsung telah mempamerkan tahap kelestarian kepimpinan yang meyakinkan,” katanya ketika merasmikan Kompleks INOS dan Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop) bernilai RM25.1 juta di UMT di sini semalam.

Dengan pengiktirafan itu, INOS akan dipanNEW POSTtau oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui satu jawatankuasa induk HICoE bagi memastikan kualiti penyelidikan, perolehan akreditasi, prasarana fizikal serta perluasan jaringan dan rangkaian turut dinaiktaraf sebagai HICoE. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment