My Add

Wednesday 25 July 2012

21 isteri warga asing tinggalkan suami warga tempatan

KUALA LUMPUR, RABU, 25 Julai, 2012: Biro Pengaduan Awam MCA sehingga kini menerima 21 laporan kes isteri warga asing meninggalkan suami warga tempatan.

Pengerusi biro itu, Datuk Michael Chong berkata jumlah itu dicatatkan sejak tahun lepas dengan 15 kes daripadanya melibatkan warga Vietnam, dan selebihnya warga China, Thailand dan Indonesia.

"Sepuluh daripada kes membabitkan warga Vietnam itu melibatkan tindakan isteri lari balik ke negara asal dengan membawa anak bersama," katanya kepada pemberita selepas menerima aduan berhubung perkara itu di sini, hari ini.

Dalam usaha membantu pihak pengadu, Michael berkata biro itu memerlukan kerjasama kedutaan negara berkenaan serta ejen pencari jodoh yang berkenaan.

Katanya, satu kes dapat diselesaikan hasil bantuan ejen berkenaan sebelum ini.

Sementara itu, seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 38, yang membuat aduan hari ini berkata beliau kehilangan anak berusia dua tahun apabila isterinya, Nguyen Thi Vi, 24, warga Vietnam tidak kembali ke Malaysia setelah pulang ke negaranya pada 14 Jun lepas.

Lim yang berasal dari daerah Matang, Perak berkata, Nguyen yang dikahwininya tiga tahun lepas telah meminta untuk pulang ke Vietnam bersama anak mereka untuk melawat keluarga dan menyambut pesta 'dumpling' di sana.

"Pada 11 Julai lalu isteri saya ada menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak akan balik lagi ke Malaysia, tanpa memberi sebarang sebab," katanya.

Lim berkata isterinya sepatutnya pulang ke negara ini pada 13 Julai lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment