My Add

Wednesday 25 July 2012

Polis buru enam suspek kes samun

SEREMBAN, RABU, 25 Julai, 2012: Polis melancarkan gerakan memburu enam suspek dipercayai satu geng penjenayah yang kerap melakukan beberapa kes samun di sekitar negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 30-an itu dikenal pasti hasil tangkapan empat lelaki pada 8 dan 13 Julai lalu.

Katanya, sehubungan itu sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi memburu saki-baki anggota kumpulan berkenaan.

Enam suspek yang dikehendaki ialah M. Kanesan, 26; D. Veerasingam, 23; Yanto (warga Indonesia), 26; Rozmi Abdullah, 35; Noor Anizan Mohd Arifin, 23 dan P. Sasitharan, 23.

"Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai enam lelaki itu segera menghubungi balai polis berhampiran,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment