*MOHD. Khairun Aseh bermesra dengan Nurmasyita Amiera, Nurul Safiza Fitri dan Muhammad Nurhan di KLIA, Sepang, semalam. - THE STAR
SEPANG, SABTU, 30 Jun, 20122: Tiga daripada empat beradik warga tempatan yang didakwa diculik dan disimpan oleh ibu tiri mereka di Lampung, Indonesia, sejak dua tahun lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Ketibaan Nurul Safiza Fitri, 11, bersama dua adiknya, Muhammad Nurhan, 9, dan Nurmasyita Amiera, 8, disambut dengan perasaan gembira dan sebak oleh bapa kandungnya, Nordi Adi, 57, bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh.
Sambil mengalirkan air mata, Nordi memeluk erat ketiga-tiga anaknya itu. Anak sulungnya, Siti Norzana, 12, bagaimanapun masih gagal dikesan kerana tidak tinggal bersama ibu tirinya tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment