My Add

Sunday, 1 July 2012

Pertemuan bapa, 2 anak selepas 7 tahun

KUALA LUMPUR, SABTU, 30 Jun, 2012: Kerinduan seorang bapa, Hanafi Salleh terhadap dua anaknya, Muhammad Syayden Ingham dan Muhammad Jamey Alano Ingham yang terpisah sejak tujuh tahun lalu terubat apabila ditemukan dalam situasi penuh emosi di sebuah taman di New Zealand.

Pertemuan pertama sejak tujuh tahun itu dirancang oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di New Zealand serta Kementerian Pembangunan Sosial di negara itu.

Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul yang mengiringi Hanafi ke New Zealand berkata, Muhammad Syayden dan Muhammad Jamey kelihatan sangat gembira dalam pertemuan selama tiga jam itu setelah sekian lama tidak bersua muka dengan bapa mereka.

Katanya, pada awal pertemuan, agak kekok untuk Hanafi serta kedua-dua anaknya memandangkan sudah lama tidak bertemu, bagaimanapun setelah berbual, melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti bermain bola sepak, kemesraan kembali terpancar di raut wajah mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment