My Add

Saturday 28 July 2012

5 keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah terbakar

KOTA BHARU, SABTU, 28 Julai, 2012: Kira-kira 20 orang daripada lima keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila empat rumah separuh papan dua tingkat hangus dalam kebakaran di Jalan Wakaf Mek Zainab, di sini, semalam.

Ketika kejadian pada jam 5.45 petang, kebanyakan penghuni tiada di rumah dan ada yang sedang memasak untuk persiapan berbuka puasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Sabri Ismail berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu.

Empat jentera Bomba dan Penyelamat bersama 22 anggota yang diketuai beliau berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dalam masa 15 minit.

"Ketika bomba sampai, 90 peratus bangunan itu sudah hangus terbakar dan kebanyakan penghuni gagal menyelamatkan perabot dan barangan lain, mereka hanya tinggal sehelai sepinggang," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran awal kerugian dialami mangsa kebakaran itu kira-kira RM70,000. Punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment