My Add

Monday 23 July 2012

5,000 unit MD Elantra ditempah sejak April

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd menerima 5,000 tempahan untuk kereta MD Elantra sejak pelancarannya pada 8 April. 

Sehingga ini, 1,570 unit itu berada di atas jalan raya Malaysia. "Ia adalah satu lagi kejayaan syarikat itu selepas pelancaran LM Tucson dan YF Sonata pada 2010. 
"MD Elantra menonjolkan reka bentuk Hyundai dan ekonomi bahan apinya yang baik," kata Pengarah Urusannya, Lau Yit Mun dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, MD Elantra adalah apa yang dimahukan oleh setiap orang dari satu kereta - iaitu reka bentuk kompak yang dinamik, sentuhan premium, kecekapan bahan api yang tinggi, luas dan kos penyelenggaraan yang rendah dan penetapan harga yang baik. 

MD Elantra juga dinamakan "Kereta Terbaik" oleh Asian Auto pada majlis anugerah "Asian Auto Allianz Auto 2012" yang diadakan di Subang baru-baru. - BERNAM

No comments:

Post a Comment