My Add

Friday 27 July 2012

740 pencagar emas palsu dikesan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Siasatan polis mengenal pasti seramai 740 pencagar emas palsu yang kebanyakannya penduduk kampung yang telah diperdaya sindiket menggunakan taktik menyadur tembaga dengan emas sehingga mengakibatkan sebuah bank kerugian RM75 juta.

Polis turut mendedahkan selain bank tersebut, sebanyak 11 kedai pajak gadai di seluruh negara turut diperdaya sindiket yang sama namun jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, kesemua pencagar itu digunakan oleh ahli sindiket yang dikesan telah beroperasi sejak September tahun lalu dengan bayaran upah antara RM300 dan RM800.

Kegiatan sindiket itu hanya terbongkar pada April lalu selepas seorang pengusaha kedai pajak gadai merasa hairan apabila pencagar emas itu tidak tampil untuk membuat tuntutan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment