My Add

Friday 27 July 2012

Guan Eng dibidas membisu isu pentadbiran

PULAU PINANG, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta supaya menilai setiap tindakannya terlebih dahulu sebelum mudah menuduh pihak lain sebagai tidak beretika.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Omar Faudzar berkata, sikap tidak beretika Guan Eng itu dapat dilihat apabila tidak tampil memberi penjelasan berhubung isu melibatkan kepentingan rakyat di negeri ini sebaliknya lebih ghairah mencari salah pihak lain untuk menutup lompang yang berlaku dalam pentadbirannya.

“Dia menuduh saya tidak beretika kerana membeli tanah daripada 31 pemilik Kampung Terang, Balik Pulau pada 2010.

“Selain itu, dia mempersoalkan apa faedah penduduk kampung daripada nilai jualan RM5 juta yang diperoleh mereka daripada urus niaga itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment