My Add

Friday 27 July 2012

Selangor berhadapan gelombang bantahan rakyat

SHAH ALAM, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berhadapan dengan gelombang bantahan rakyat di negeri ini jika beliau masih mengutamakan agenda politik dan meneruskan hasrat mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Menurut Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Wan Indra Putra Ahmad, Abdul Khalid telah diperingatkan dan diberi penerangan tentang krisis air yang meruncing tersebut, namun kedegilan beliau menerima kenyataan hanya akan menjejaskan kebajikan rakyat.

“Tan Sri Abdul Khalid telah diingatkan berulang kali berhubung krisis air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang semakin meruncing dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) adalah jawapan kepada permasalahan tersebut.," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment