My Add

Monday 2 July 2012

Ada asas siasat KGT - Mustapa Mohamed

Oleh AZRAN FITRI RAHIM 
KOTA BHARU, AHAD, 01 Julai, 2012: UMNO Kelantan percaya dakwaan tentang wujudnya penyelewengan dan salah laku pegawai kanan syarikat pengeluaran dirham serta dinar emas Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) mempunyai asas untuk disiasat oleh polis.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan lanjut.

"Saya difahamkan laporan polis telah dibuat. Kalau penyelewengan itu melanggar undang-undang negara sudah pasti pihak berkenaan akan membuat siasatan.

"Sebagai orang biasa, kalau tak ada angin masakan pokok akan bergoyang. Mungkin ada asasnya untuk polis siasat," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bas Mesra Alam Pertama Negeri Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi dan Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment