My Add

Monday 2 July 2012

NGO, penduduk berhimpun kecam Boon Chye

*SEBAHAGIAN wakil NGO serta penduduk berhimpun menyuarakan bantahan terhadap usaha Lee Boon Chye menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman, di Ipoh, Perak, semalam.

IPOH, AHAD, 01 Julai. 2012: - Lebih 200 orang termasuk ahli 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di negeri ini berhimpun di hadapan bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ar-Rahmaniah Taman Desa Aman di sini bagi mengecam tindakan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye menghalang pembinaan sekolah tersebut baru-baru ini.

Antara NGO terlibat termasuklah Persatuan Penjaja Kecil Perkasa Negeri Perak; Majlis Ayahanda-ayahanda Perak; Majlis Kekanda-kekanda Perak; Persatuan Ketua-Ketua Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat; Persatuan Belia Pengkalan Pegoh dan Kelab Rukun Tetangga Pengkalan Gate. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment