My Add

Monday 2 July 2012

Tindakan jika berlaku penyelewengan

KOTA BHARU, AHAD, 01 Julai, 2012: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai Kerajaan Pas Kelantan sekiranya terlibat dalam dakwaan penyelewengan dirham dan dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT).

Beliau juga meminta supaya siasatan dijalankan ke atas dakwaan wujudnya penyelewengan dalam anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu.

“Penyelewengan boleh siasat tidak ada apa, nak kata apa katalah tetapi siasat kena ada, kalau tak siasat dan siasat tak jumpa apa-apa ini ertinya fitnah.

“Fitnah ini berdosa, selagi orang buat fitnah itu tidak bertaubat dia akan masuk kubur dalam keadaan berdosa, sikit-sikit fitnah dengki semua ini penyakit degil. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment