My Add

Saturday 14 July 2012

Hishammuddin sangkal dakwaan kadar jenayah meningkat

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menafikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa kadar jenayah di negara ketika ini meningkat.

Kata beliau, pihaknya tidak pernah menyembunyikan sebarang fakta berkaitan kadar jenayah kepada masyarakat umum sebaliknya cuba mencari jalan penyelesaian terbaik bagi terus menurunkan kadar itu.

“Kita tidak pernah sorok dan saya rasa beliau sebagai seorang yang telah terlibat dalam usaha kita untuk melakukan transformasi ke arah itu, seharusnya tahu apa yang kita lakukan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Stadium Tertutup Gong Badak, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment