My Add

Friday 27 July 2012

Ambil alih hartanah RM44.7 juta

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa cuba memaksa anak syarikat kerajaan negeri itu, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mengambil alih beberapa hartanah dan aset bernilai RM44.7 juta untuk mengelak kerugian dalam isu hutang Talam Corporation Berhad (Talam).

Aset dan hartanah berkenaan adalah tanah seluas 161.8 hektar di Ulu Yam, Selangor bernilai RM18 juta; 60 peratus saham di Ulu Yam Golf & Country Club (RM4.2 juta); 4.8 hektar tanah di Puncak Jalil (RM12 juta); 2,754 meter persegi lot-lot kedai di Ukay Perdana (RM7.8 juta) dan lima unit pejabat di Menara Pandan (RM2.7 juta).

Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, kesemua aset berkenaan adalah sebahagian pembelian bernilai RM676 juta yang diperoleh kerajaan negeri semasa pelan ‘menyelamatkan’ Talam yang dibebani hutang dua tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment