My Add

Monday 2 July 2012

Analisis makmal taraf antarabangsa

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
ALOR SETAR, AHAD, 01 Julai, 2012: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui agensinya Jabatan Kimia Malaysia memberi jaminan akan menyediakan perkhidmatan analisis makmal terbaik dan bertaraf antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, ia ekoran 12 daripada 13 cawangan jabatan tersebut di seluruh negara telah memperoleh akreditasi MS ISO/IEC 17025 daripada Jabatan Standard Malaysia.

Katanya, ibu pejabat dan tujuh cawangan jabatan tersebut juga memperoleh akreditasi daripada Akreditasi Perkhidmatan Forensik Amerika Syarikat (ASCLD-LAB).

"Kementerian memberi jaminan, Jabatan Kimia sebagai salah satu daripada agensi asas dalam memastikan keutuhan dan keselamatan negara akan memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkualiti," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment