My Add

Monday 2 July 2012

Pendedahan Tee Yong serius, mengejutkan

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Julai, 2012: Pendedahan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong berhubung skandal penyelewengan RM1 bilion melibatkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor adalah serius kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ia merupakan satu lagi ‘tamparan’ terhadap pentadbiran PKR negeri itu selepas dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta di bawah geran Selangorku Sayang daripada sumber meragukan.

‘‘Dakwaan berhubung geran itu pun masih tiada penjelasan yang menyakinkan. Individu yang menjawab dakwaan itu pula adalah Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

‘‘Kalau begitu, lebih baik suruh sahaja Faekah menjadi Menteri Besar Selangor,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment