My Add

Tuesday 3 July 2012

Bangladesh benar 267,803 rakyatnya bekerja di Malaysia

NEW DELHI, SELASA, 03 Julai, 2012: Kerajaan Bangladesh membenarkan 267,803 rakyatnya bekerja di Malaysia, kata Menteri Pekerjaannya, Engr Khandaker Mosharraf Hossain. 

United News of Bangladesh melaporkan, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan penghantaran pekerja ke seberang laut. "Proses menghantar pekerja dan imigresen dibuat bagi memastikan keselamatan mereka manakala proses diplomatik diperkukuhkan," katanya di Parlimen, semalam. 

Rakyat Bangladesh adalah tenaga kerja asing berdaftar kedua terbesar di Malaysia berjumlah 400,000. 

Warga negara Bangladesh di Malaysia mengirim wang ke negara mereka kira-kira RM3.11 bilion setahun.

Katanya, Bangladesh mula menghantar pekerja ke negara seperti Australia, New Zealand, Russia, Kanada, Sweden, Sudan, Angola, Greece, Estonia, Poland sebagai pasaran tenaga kerja baru. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment