My Add

Wednesday 25 July 2012

Bantah pembunuhan Rohingya

Oleh SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa campur tangan dalam usaha menamatkan konflik etnik dan agama di barat Myanmar yang menyaksikan pembunuhan lebih 50,000 masyarakat minoriti Islam, Rohingya sejak kebelakangan ini.

Koordinator Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, campur tangan itu penting memandangkan pihak kerajaan negara itu enggan tunduk kepada undang-undang antarabangsa yang melarang mereka melakukan penindasan etnik.

"Kita membantah tindakan terbaru junta membunuh kira-kira 50,000 masyarakat Rohingya, membakar lebih 60 perkampungan etnik berkenaan antaranya daerah Bauthidung, Maungdaw dan Akyab dan 22 masjid termasuk sebuah masjid tertua di Myanmar," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment