My Add

Wednesday 25 July 2012

Jangan guna polistirena - Raja Muda Perlis

ARAU, SELASA, 24 Julai, 2012: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu bahan-bahan polistirena tidak lagi digunakan pada majlis baginda mulai sekarang kerana ia boleh membawa kemudaratan.

Baginda juga berharap jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sekolah turut mengambil langkah serupa demi kebaikan kesihatan.

Pada masa sama, baginda mencadangkan supaya bahan polistirena digantikan dengan plastik yang boleh terurai secara biologi termasuk bungkusan kertas yang lebih mudah dilupuskan.

"Perlis juga menuju ke arah negeri maju dari aspek infra dan prasarana tetapi apakah rakyat bersedia dan mampu mendukung hasrat tersebut meliputi pelbagai sudut," titah baginda ketika merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan sempena majlis berbuka puasa dan solat tarawih di Istana Arau, di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment