My Add

Wednesday 25 July 2012

Selangor terlebih bayar RM1.8 juta beli pejabat Talam?

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Biro Muda Profesional MCA sekali lagi membongkar tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dengan kali ini berhubung tindakan terlebih bayar berjumlah kira-kira RM1.8 juta melalui pembelian unit pejabat daripada Talam Corporation (Talam).

Ketuanya, Datuk Chua Tee Yong (gambar) berkata, pembelian unit pejabat itu merupakan sebahagian daripada pembelian aset bernilai RM676 juta oleh kerajaan negeri itu daripada Talam.

Berdasarkan rekod, katanya, lima unit pejabat di tingkat 18, Blok A Menara Pandan di sini telah diletak untuk dilelong pada 28 Julai 2010.

Purata harga simpanan lelong adalah antara RM101 dan RM103 sekaki persegi manakala saiz unit pejabat pula 676 kaki persegi hingga 2,752 kaki persegi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment