My Add

Saturday 14 July 2012

BN persoal Selangor ubah status tanah

SEPANG, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Barisan Nasional (BN) negeri mempersoalkan tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengubah status perancangan pembangunan sebahagian tanah di Danau Putra di sini iaitu daripada kompleks pendidikan kepada pusat industri.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mendakwa, pertukaran status itu dibuat pada tahun lalu selepas kerajaan negeri mengambil alih empat plot tanah seluas 53.7 hektar daripada Talam Corporation Bhd. yang melibatkan transaksi berjumlah RM87.7 juta.

Menurut beliau, pelan perancangan pembangunan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) pada 2002 menunjukkan kawasan itu akan dibangunkan sebagai kompleks sekolah menengah, sekolah rendah termasuk sekolah agama.

''Apa yang lebih mengejutkan, tanah itu sebenarnya telah digazetkan sebagai kawasan pembangunan kompleks pendidikan, tetapi sekarang telah berubah kepada kawasan industri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment