My Add

Monday 23 July 2012

Bekas banduan wajar berceramah

*JAMIL Ahmad (kanan) gembira bersama isteri dan anak-anaknya di Kampung Belimbing, Kuala Nerang, Kedah, semalam.

Oleh SAHBULAH DARWI
PADANG TERAP, AHAD, 22 Julai, 2012; Bekas banduan yang paling lama dipenjara di negara ini, Jamil Ahmad, 62, menasihatkan lapan banduan yang dibebaskan selepas mendapat keampunan supaya melibatkan diri dalam program motivasi untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat.

Jamil yang dibebaskan setelah mendapat keampunan pada 2006 turut berkata, bekas-bekas banduan itu boleh memberi ceramah supaya masyarakat dapat mengambil iktibar untuk menjauhi setiap perlakuan jenayah.

"Kalau boleh, mereka (bekas banduan) sertailah program motivasi untuk kongsi pengalaman tentang kepahitan hidup dalam penjara kepada orang ramai terutama generasi muda bagi menyekat terjadinya gejala sosial dan jenayah dalam masyarakat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belimbing Kuala Nerang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment