My Add

Wednesday 18 July 2012

Bintang Bollywood, Rajesh Khanna meninggal dunia

MUMBAI, RABU, 18 Julai, 2012: Bintang pertama Bollywood, Rajesh Khanna yang sakit sejak sekian lama, meninggal dunia hari ini pada usia 69 tahun.

Agensi berita The Press Trust melaporkan, pelakon itu meninggal dunia di rumah keluarganya di sini selepas keluar dari hospital awal minggu ini.

Dikenali sebagai "Kaka" (pak cik) di kalangan peminatnya, Khanna bukan datangnya dari dinasti pelakon seperti mana nama-nama besar Bollywood lain. Dia dilahirkan di bandar Amritsar, barat laut India pada 1942 dan mula berlakon sejak di bangku sekolah.

Dia mula berlakon menerusi filem “Aakhri Khat" pada 1966 dan telah tampil dari lebih 150 buah filem Hindi. - AFP

No comments:

Post a Comment