ALOR SETAR, SABTU, 14 Julai, 2012: Hasrat Kerajaan Pas Kedah mahu menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang kerana mendedahkan kepincangan dasar baru perumahan kerajaan negeri dilihat sebagai muslihat untuk mengelak kelemahan mereka daripada diketahui umum.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, tindakan sedemikian sering digunakan oleh pakatan pembangkang bagi menutup kegagalan atau sesuatu perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan.
"Kalau anggota atau pemimpin lain membuat kenyataan yang tidak disenangi oleh pakatan pembangkang, maka mereka akan menggunakan cara tersebut sebagai ugutan dan membawa perkara itu ke mahkamah.
"Mungkin mereka juga akan mengatakan dokumen berkenaan tertakluk di bawah OSA bagi menutup mulut pihak yang mengkritik mereka," katanya selepas majlis penyampaian cek kelulusan projek di bawah peruntukan khas Parlimen Alor Setar di Dewan MCA di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment