My Add

Wednesday 4 July 2012

BNM diminta ambil tindakan segera terhadap Rafizi

KUALA LUMPUR, SELASA, 3 Julai, 2012: Kelewatan Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan ter0hadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang didakwa mendedahkan maklumat sulit dan rahsia perbankan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dikhuatiri boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi bank pusat itu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, sehingga kini, masih belum ada tindakan tegas diambil oleh BNM walaupun jelas Rafizi melakukan kesalahan besar di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Menurut beliau, Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz bertanggungjawab untuk memperjelaskan kepada rakyat mengapa tindakan belum diambil ke atas Rafizi. 

''Kalau tindakan tidak diambil, mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang akan dianggap lemah," katanya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment