My Add

Wednesday 4 July 2012

Enam syarikat gagal patuhi peraturan logo halal

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Sebanyak enam syarikat diletakkan dalam perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana didapati gagal mematuhi syarat peraturan logo halal jabatan itu yang berkuatkuasa bulan ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, syarikat terbabit pernah diberi amaran oleh Jakim supaya menukar logo halal swasta melalui operasi pemantauan yang diadakan sebelum ini.

Namun, menurutnya, pada operasi penguatkuasaan Jakim yang diadakan semalam, mendapati syarikat terbabit masih gagal mematuhi notis amaran yang dikeluarkan.

''Kita sedang siasat syarikat yang terlibat dan di bawah penelitian tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menegaskan bahawa Jakim tidak akan bertolak-ansur dengan pemilik premis yang masih belum menukar atau memohon sijil dan logo halal jabatan itu.

Ia kerana Jakim sudah memberi kelonggaran kepada pemilik premis selama enam bulan untuk berbuat demikian, selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment