My Add

Wednesday 4 July 2012

Bukit Bintang Plaza tidak akan diroboh

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Berita baik buat 150 penyewa di Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) di sini.

Ini kerana mereka kini tidak perlu lagi bimbang akan kehilangan tempat berniaga kerana bangunan itu tidak akan dirobohkan.

Selepas rundingan di antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) dan UDA Holdings Berhad (UDA), MRT Corp. telah bersetuju untuk mengubah pelan reka bentuk stesen My Rapid Transit (MRT) agar ia tidak perlu membabitkan secara langsung kawasan BB Plaza.

MRTCorp dan UDA dalam kenyataan bersama hari ini berkata, berdasarkan pelan baru itu, stesen sentral BB akan dibina berasingan bagi mengelakkannya dari bersepadu secara langsung dengan bangunan BB Plaza.

Bagaimanapun, pengubahan pelan itu akan memungkinkan persepaduan pada masa akan datang apabila BB Plaza dibangunkan semula, kata kenyataan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment