My Add

Wednesday 4 July 2012

SPA sedia jumpa CUEPACS

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bersedia mengadakan pertemuan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi menjelaskan secara terperinci berhubung pelaksanaan dua dasar baru yang diperkenalkan kelmarin.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, ia sebagai menolak dakwaan kesatuan itu yang menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai tidak relevan dan merupakan 'langkah ke belakang' berbanding amalan sebelum ini.

Jelas beliau, selain meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam, pelaksanaan dasar itu dibuat bagi menyelesaikan masalah kekurangan kaum bukan Melayu menyertai sektor awam dalam usaha menarik lebih ramai kaum itu berkhidmat di sektor tersebut.

''CUEPACS tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi, dasar ini dibuat setelah mengambil kira situasi menang-menang tanpa menjejaskan peluang dan ruang pemohon di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment