My Add

Saturday 28 July 2012

Buku kartun pesong akidah

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Persatuan Pemuda Puteri Melayu Bersatu (Perimau) membuat laporan polis hari ini berhubung sindiket penjualan buku agama yang dikhuatiri memesongkan akidah dengan menjadikan murid-murid sekolah rendah sebagai sasaran.

Presidennya, Mohd. Ridhwan Othman berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Bandar Datuk Onn di sini, pada pukul 3 petang bagi membolehkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

"Buku agama ini dikesan dijual di luar pekarangan sekolah rendah di sekitar bandar raya ini sejak dua minggu lalu dan dipercayai terdapat sehingga 20 judul termasukHimpunan Doa Harian, Tafsir Mimpi, Kisah Malaikat dan Kisah Alam Kubur dijual pada RM2 setiap buku," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment