My Add

Saturday 28 July 2012

Mohd. Salleh Man sah YDP MAIPP

PULAU PINANG, JUMAAT. 27 Julai, 2012: Jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kini sah milik Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah.

Surat pelantikan itu berkuatkuasa 23 Julai lalu selepas kerajaan DAP Pulau Pinang membuat permohonan baru yang mencalonkan nama Mohd. Salleh bagi menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim yang sebelum ini memegang jawatan berkenaan. 

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, dengan pelantikan tersebut, jawatan timbalan yang sebelum ini dipegang oleh Mohd. Salleh diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee.

“Kita telah terima surat perkenan Yang di-Pertuan Agong secara rasmi yang menerima permohonan kerajaan negeri untuk melantik Mohd. Salleh sebagai Yang Dipertua MAIPP menggantikan Abdul Malik yang menjawat jawatan itu sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment