My Add

Monday 9 July 2012

Contohi negara Asia maju: Dr Mahathir

LANGKAWI, AHAD, 08 Julai, 2012: Negara Islam wajar menjadikan negara Asia yang maju sebagai contoh, bukan negara Barat yang dibelenggu banyak masalah, terutama berkaitan kewangan. 

Ia antara lain dalam aspek pembangunan dengan penekanan khusus kepada bidang pengeluaran, sekali gus mampu untuk berkongsi pasaran di peringkat global. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata banyak negara maju Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Taiwan boleh dijadikan contoh berbanding negara Barat yang lebih banyak masalah akibat hutang sehingga menuju muflis. 

Katanya, negara Islam bernasib baik kerana boleh bergantung kepada pasaran luas 1.6 bilion umat Islam di seluruh dunia dengan menjadi pengeluar, sekali gus mencorak perniagaan dalam erti kata sebenar. 

“Selama ini negara Islam hanya jadi pengguna, beli produk dari negara lain dan mengabaikan keperluan menjadi negara pengeluar yang memberi lebih banyak keuntungan. 

“Negara Islam perlu berubah, mengeluarkan produk termasuk dalam teknologi tinggi, menyediakan perkhidmatan seperti hotel dan perundingan untuk berkongsi pasaran sangat luas. 

“Kita bukan nak monopoli, tetapi mahu berkongsi pasaran dunia. Menjual wang dan membeli saham bukan perniagaan sebenar,” katanya pada Konvensyen Persatuan Sekolah-Sekolah Pengajian Perniagaan di Negara Islam Sedunia dan Persidangan Kelima Asas Kewangan Islam di Hotel Westin, di sini hari ini.. - BH

No comments:

Post a Comment