My Add

Saturday 28 July 2012

Harga simen naik bulan depan

KUALA LUMPUR 27 Julai, 2012: Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) hari ini mendakwa s, JUMAAT,enarai harga simen akan meningkat bermula 1 Ogos ini.

Peningkatan ini berikutan salah satu pengeluar utama simen di Lembah Klang menaikan harga bahan tersebut.

Presidennya, Matthew Tee Kai Woon berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh ahlinya dan meminta kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengkaji perkara itu dengan serta-merta.

"Harga simen yang disenaraikan mengikut beg naik kepada RM17.75 daripada harga terdahulu RM16.75 manakala harga simen pukal yang disenaraikan mengikut tan naik kepada RM340 berbanding RM320.

"Kenaikan harga akan meningkatkan kos pembinaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment