My Add

Wednesday 4 July 2012

Curi susu untuk adik, ejen insurans dipenjara 10 hari, denda

PETALING JAYA, SELASA, 03 Julai, 2012: "Saya curi susu itu untuk adik saya tuan, mohon hukuman ke atas saya diringankan".

Demikian rayuan seorang ejen insurans di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri tiga tin susu tepung bayi di sebuah pasar raya, hujung bulan lalu.

Dengan pengakuan bersalah itu, Majistret Mohd. Nazri Omran menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM3,000 atau penjara tiga tahun terhadap Kee Gee Sin, 21.

Gee Sin yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan perbuatan itu di pusat beli-belah AEON Sunway Pyramid, Bandar Sunway di sini pada pukul 11.30 pagi, 29 Jun lalu.

Dalam kejadian tersebut, selain susu jenama Dumex Mamex itu, dia juga didakwa mencuri 141 peket gula-gula pelbagai perisa jenama Ricola Lozenges, seunit pemanis minuman jenama Equal dan seunit bedak asas jenama Revlon yang kesemuanya bernilai RM1,267.32. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment