My Add

Tuesday 10 July 2012

Dana pembiayaan Ar-Rahnu RM1 bilion

*ABD. Malek Awang Kechil (kanan) beramah mesra dengan Ketua Deligasi dan juga Ahli Persidangan (dari kiri) Deddy Kusdedi, Rosminah Abdul Wahid, Mokhtar Abdul Razak dan Senator Van Math selepas majlis penutup Persidangan Sekretariat Ar Rahnu Serantau 2012 di Songkla, Thailand, semalam. Turut sama, Pengerusi Koperasi Islam Pattani Thailand, Zainal Abidin Sulong Tohmeena (dua, kanan). - BERNAMA
Oleh Sofian Baharom
SONGKLA, ISNIN, 09 Julai, 2012: Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YPEIM) akan meningkatkan peruntukan dana pembiayaan bagi produk pajak gadai Islam kendaliannya, Ar-Rahnu kepada RM1 bilion tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Malek Awang Kechil berkata, ia peningkatan 20 peratus berbanding peruntukan tahun ini sebanyak RM800 juta.

Menurut beliau, penambahan itu didorong peningkatan permintaan daripada pengguna terhadap produk pajak gadai Islam itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment