My Add

Tuesday 10 July 2012

Guan Eng, Betty, Phaik Kheng perlu duduk semeja

PULAU PINANG, ISNIN, 09 Julai, 2012: Tiga individu yang kini menjadi perhatian ramai iaitu Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew Gek Cheng serta Ng Phaik Kheng perlu mengadakan sidang akhbar bersama bagi menamatkan kontroversi melibatkan mereka.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, tindakan sedemikian perlu bagi memberi penjelasan kepada umum tentang perkara sebenar.

Menurutnya, kontroversi tersebut tidak perlu berpanjangan kerana ia hanya akan merumitkan keadaan.

"Ini kerja mudah, cuma beritahu ya atau tidak.

"Beri penjelasan kerana jika tidak rakyat salah faham tentang perkara ini. Tidak guna memanjangkan isu ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, Betty dan Guan Eng mengadakan sidang akhbar bersama bagi menafikan skandal suaminya dengan Phaik Kheng yang juga bekas kakitangan di Pejabat Ketua Menteri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment