My Add

Tuesday 3 July 2012

Najib umum dana RM1 bilion tingkat penyertaan syarikat

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembentukan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion.

Dana itu bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat milik Malaysia dalam rangkaian bekalan global, dalam industri sasaran iaitu bernilai tinggi tambahan, berintensifkan pengetahuan dan industri berasaskan inovasi.

Beliau berkata, dana itu akan diurus oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan akan diluluskan pada asas rundingan, berdasarkan permintaan syarikat dan merit setiap kes, dengan objektif untuk meningkatkan keupayaan teknologi pelabur domestik.

Najib berkata, dana itu bermatlamat meningkatkan dan memanfaatkan peluang-peluang penyumberan luar yang diwujudkan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia, meningkatkan penguasaan teknologi oleh syarikat milik Malaysia dan membolehkan syarikat brekenaan memperoleh standard/pensijilan antarabangsa dalam industri strategik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment