My Add

Sunday, 1 July 2012

Dapat lesen pada usia 90 tahun

*ISMAIL Ahmad (kiri) menyampaikan replika lesen B2 kepada Ngamin Ngarjo (tengah) sambil diperhatikan oleh Noraini Ahmad di Semerah, Batu Pahat, Johor, semalam.


Oleh HAMDAN TAWADI
BATU PAHAT, SABTU, 30 Jun, 2012: Setelah menunggang motosikal secara 'haram' selama 72 tahun, seorang tukang urut berusia 90 tahun berasa amat bertuah apabila mendapat lesen B2 menerusi program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini hari ini.

Lelaki dari Kampung Parit Sidik, Semerah di sini, Ngamin Ngarjo mengakui menunggang motosikal tanpa lesen sejak berusia 18 tahun, tetapi bernasib baik kerana belum pernah disaman.

"Namun saya sedar, jika berlaku kemalangan boleh 'mati katak' kerana tidak dilindungi oleh insurans.

"Saya bersyukur kerana JPJ turun padang membantu warga emas seperti saya untuk mendapatkan lesen motosikal kerana kalau hendak jalani ujian berkomputer sampai bila pun tak lulus," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment