My Add

Sunday 1 July 2012

Hentikan tuduhan: MTRK

KOTA BHARU, SABTU, 30 Jun, 2012: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan perhimpunan Sedar-Demi Tanah dan Air Kelantan pada Selasa lalu, memberi amaran kepada pihak tertentu termasuk sebuah akhbar harian supaya tidak terus memburukkan imej mereka dengan mengeluarkan kenyataan secara semberono.

Presidennya, Azmi Ali berkata, pihak-pihak berkenaan perlu berhenti berbuat demikian sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, sejak beberapa hari lalu, penganjur perhimpunan mengenai royalti minyak telah membuat pelbagai tuduhan semata-mata untuk memburukkan imej MTRK di mata rakyat.

Beliau berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak terbabit jelas menunjukkan mereka terdesak untuk menutup kegagalan Kerajaan Pas Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment