My Add

Sunday 1 July 2012

Tiada lesen, cukai jalan

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
SEREMBAN, SABTU, 30 Jun, 2012: Sikap segelintir pelajar warga asing yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dengan memandu kenderaan tanpa cukai jalan dan lesen mengundang padah apabila 10 buah motosikal dan sebuah kereta mereka disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Mr. Black di sekitar Nilai dekat sini semalam.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah memberitahu, operasi yang bermula pada pukul 4.30 petang itu tertumpu di beberapa buah lokasi yang sering menjadi tumpuan pelajar asing di daerah itu.

"Dalam operasi itu kita telah mengeluarkan sebanyak 119 saman dan 32 notis arah periksa kepada pemandu warga asing dan juga tempatan kerana pelbagai kesalahan.

"Operasi ini dilakukan berikutan aduan penduduk mengenai sikap pelajar asing berkenaan yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini semalam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment