My Add

Monday 23 July 2012

Elak tragedi 13 Mei 1969

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
PUTRAJAYA, AHAD, 22 Julai, 2012: Pakatan pembangkang perlu mengotakan janji mereka untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, dalam hal tersebut pihak pembangkang perlu melaksanakan apa yang mereka maksudkan dan bukan sekadar memberi janji manis semata-mata.

"Saya harap mereka akan buat seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita pada Program Berbuka Puasa Maidatul Al-Rahman di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur semalam bahawa pakatan pembangkang sedia memberi kerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berulang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment