My Add

Monday 2 July 2012

Era khidmat telegram jadi sejarah, berakhir secara rasmi

KOTA BHARU, AHAD 01 Julai, 2012: Selepas lebih separuh abad berkhidmat, telegram kini menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah negara apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) secara rasmi menamatkan perkhidmatan tersebut hari ini.

Penamatan perkhidmatannya terpaksa dilakukan berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi serta saingan perkembangan teknologi komunikasi semasa.

Pengurus Besar TM Kelantan, Ab. Rashid Che Othman berkata, perkhidmatan telegram pada masa kini hanya digunakan oleh institusi kewangan untuk menuntut kembali hutang mereka dan amat jarang bagi orang awam menggunakannya.

"Hari ini adalah hari terakhir kita menyediakan perkhidmatan telegram di negeri ini. Hari ini sahaja kita menghantar kira-kira 1,000 telegram melalui TM Point Kota Bharu.

"Secara purata kita menerima 600 sehingga 700 telegram dihantar melalui TM Point Kota Bharu daripada bank atau institusi kewangan pada setiap bulan dan peningkatan secara mendadak hari ini disebabkan pelanggan mahu memastikan telegram dapat dihantar buat kali terakhir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment