My Add

Sunday 8 July 2012

GAGASAN saran projek perintis transformasi Tingkatan 6

KUALA TERENGGANU, AHAD, 08 Julai, 201: Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGAGSAN) menyokong penuh langkah kerajaan untuk menambah baik pendidikan tingkatan enam selaras dengan sistem pendidikan prauniversiti lain termasuk kolej matrikulasi. 

Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamad, berkata untuk itu, GAGASAN mencadangkan agar Kementerian Pelajaran menjalankan projek perintis secepat mungkin dengan memilih sebuah sekolah di setiap negeri bagi merealisasikan transformasi tersebut. 

"Langkah itu penting sebagai satu permulaan dan sekiranya memberi kesan positif, ia perlu diperluaskan ke sekolah lain di seluruh negara. 
"Memang sejak dulu lagi GAGASAN mencadangkan usaha itu dan kesediaan kerajaan berbuat demikian amat dialu-alukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau diminta, mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Yogyakarta, Indonesia kelmarin, bahawa kerajaan akan membuat penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam selaras dengan sistem pendidikan prauniversiti lain seperti di kolej matrikulasi dan pusat asasi sains. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dilapor berkata selain dipisahkan dari sekolah menengah sedia ada, pelajar tingkatan enam juga akan dididik oleh golongan guru yang berbeza. 

Mengulas lanjut, Syed Anuar berkata pada amnya pelajar tingkatan enam tidak lagi sesuai untuk berada dalam kelompok yang sama dengan pelajar lain kerana mereka lebih matang. 

"Cadangan pengasingan itu memang wajar khususnya dalam usaha membentuk daya kepimpinan berkualiti setaraf dengan pelajar prauniversiti," katanya. 

Katanya, Gagasan juga menyambut baik hasrta Kementerian Pelajaran untuk menjadikan semua sekolah di seluruh negara sebagai sekolah satu sesi. 

Bagaimanapun, katanya, kementerian itu perlu terlebih dahulu memastikan segala inrafstruktur lengkap bagi menampung keperluan pelajar dan guru di sekolah terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment