My Add

Sunday 8 July 2012

Kejayaan kerajaan Selangor hanya tabur janji: Noh Omar

BANGI, AHAD, 08 Julai, 2012: Kejayaan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 hanya setakat menabur janji dan memasang papan tanda untuk mencari publisiti, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu berkata, kegagalan kerajaan negeri itu menunaikan janji dan tanggungjawab sudah membuka mata rakyat mengenai kredibiliti dan kebolehan mengurus negeri itu, berbanding Barisan Nasional (BN) yang memajukan negeri itu selama 50 tahun lalu.

Noh berucap pada majlis Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor, di Padang Kawad Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini hari ini. 

Program edisi ke-6 itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas; Ahli Parlimen Sepang merangkap koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin; dan timbalan-timbalan menteri. 

Noh berkata, dalam tempoh tiga tahun Najib menerajui negara ini, pelbagai janji diisytiharkan dan disusuli dengan pelaksanaan berkesan demi menjamin kesejahteraan dan masa depan rakyat. 

Katanya, antaranya ialah Klinik 1Malaysia, bantuan pelajar RM100, baucer buku RM200, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Program Perumahan Nelayan, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia. 

"Tak ada dalam dunia ini dimana kerajaan sanggup memberi penghormatan kepada 
pemandu-pemandu teksi...bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi," katanya. 

Katanya, kerajaan di bawah pimpinan Najib benar-benar membela nasib semua lapisan rakyat di negara ini dengan mempunyai agenda dan hala tuju terancang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment