My Add

Tuesday, 24 July 2012

Gas ammonia bocor: 5 pekerja nyaris maut

BUTTERWORTH, ISNIN, 23 Julai, 2012: Pekerja di beberapa premis berhampiran sebuah kilang ais di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sungai Lokan di sini gempar apabila berlaku kebocoran gas ammonia di kilang tersebut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, lima pekerja yang sedang sibuk bekerja nyaris maut apabila gas yang bocor memenuhi hampir keseluruhan ruang di premis tersebut.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Perai, A'azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.17 pagi mendapati 99 peratus ruang dalam premis berkenaan telah dipenuhi dengan gas ammonia.

Menurutnya, seramai 26 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Butterworth dan Perai dikerahkan ke tempat kejadian termasuk Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) bagi membantu mengawal keadaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment