My Add

Wednesday 25 July 2012

Gempa di Sumatera: Lelaki mati ketika selamatkan diri

SINABANG, RABU, 25 Julai, 2012: Seorang lelaki dilaporkan rebah sebelum meninggal dunia akibat terkejut ketika bergegas menyelamatkan diri berikutan kejadian gempa bumi berkekuatan 6.4 pada Skala Richter, pagi ini.

Gempa di kedalaman 22km berlaku pukul 7.30 pagi waktu tempatan, 34km di barat laut Sinabang, ibu kota Simeulue - sebuah pulau kecil dan terpencil di Sumatera Barat menyebabkan para penduduk bertempiaran menyelamatkan diri.

Para penduduk Sinabang berkata, gegaran dirasai selama seminit dan menyebabkan bekalan elektrik terputus. - AGENSI

No comments:

Post a Comment