My Add

Wednesday 25 July 2012

Polis Kelantan tubuh skuad pantau mercun

MACHANG, RABU, 25 Julai, 2012: Polis Kelantan menubuhkan skuad khas untuk memantau penjualan mercun yang dilarang di premis perniagaan, bermula awal Ramadan hingga sambutan Aidilfitri ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Lai Yong Heng, berkata setakat ini polis melakukan 10 tangkapan dan merampas pelbagai jenis mercun daripada peniaga yang ingkar.

"Semua balai polis di negeri ini juga diarah memantau premis perniagaan di kawasan masing-masing bagi mengekang penjualan mercun serta bunga api yang dilarang," katanya kepada pemberita selepas aktiviti turun padang di bandar ini, hari ini. 

Pada majlis itu, 120 anggota dan pegawai polis melawat gerai serta premis perniagaan di bandar ini sambil mengedarkan risalah bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sokongan mereka dalam membantu polis mencegah jenayah. 

Mengulas mengenai program itu, Lai berkata sejak dilaksana tahun lalu, indeks jenayah di Kelantan turun kerana kesedaran masyarakat semakin bertambah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment